Rencana 27 Aug, 2020

Sekolah vernakular perlulah dimansuhkan secara berperingkat

@editor utusanpress
Editor di UtusanPress >> editor@utusan.press

Share this
PADA sesi perbahasan di Parlimen pada 25 Ogos 2020, Menteri Perpaduan, Datuk Halimah Mohamed Sadique telah membuat suatu kenyataan yang pada pendapat ARMADA, tidak mencerminkan citra nasional bagi menjayakan integrasi kaum di negara ini. ARMADA secara tuntas menolak kenyataan bahawa sekolah vernakular tidak akan ditutup. : OLEH WAN AHMAD FAYHSAL WAN AHMAD KAMAL


Pada sesi perbahasan di Parlimen pada 25 Ogos 2020, Menteri Perpaduan, Datuk Halimah Mohamed Sadique telah membuat suatu kenyataan yang, pada pendapat ARMADA, tidak mencerminkan citra nasional bagi menjayakan integrasi kaum di negara ini. ARMADA secara tuntas menolak kenyataan bahawa sekolah vernakular tidak akan ditutup.
Biarpun Akta Pendidikan 1996 yang menggantikan Akta Pendidikan 1961 telah memansuhkan kuasa budi bicara Menteri Pendidikan untuk menutup sekolah vernakular pada bila-bila masa, sekolah vernakular jelas mendapat persepsi negatif rakyat apabila rata-ratanya gagal menghasilkan murid yang mampu memperlihatkan jati diri nasional yang kental. Selain itu, terdapat banyak pandangan bahawa penubuhannya kekal bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.
Pendukungan simbol dan pengamalan sosiobudaya teras kebangsaan selaras dengan Kontrak Sosial antara lainnya menuntut penguasaan bahasa Melayu yang merupakan ‘bahasa kebangsaan’ kita. Namun pemerhatian menunjukkan ramai lepasan sekolah vernakular hanya mampu memperlihat penguasaan bahasa ibunda masing-masing. Ini disokong data-data kajian ilmiah dan penelitian cendekiawan nasional seperti Prof. Dr Teo Kok Seong dari UKM.
Jati diri kebangsaan secara unggul juga memerlukan bukan sahaja kefasihan malah penguasaan bahasa kebangsaan dengan baik. Rata-rata pelajar sekolah vernakular pula hanya mampu mempamerkan jati diri ‘etnik tertentu’ mengikut aliran persekolahan yang dipisah dan terpisah berdasarkan jalur etnisiti. Maka jika dinilai, rata-rata mereka kelihatan tidak nasional atau tidak mencerminkan citra kebangsaan dalam tekad mencapai integrasi nasional.
Penjelasan di Parlimen pada hari itu juga kelihatan menerawang apabila menyatakan bahawa “PERPADUAN PERLU DIMULAKAN DARIPADA ASAS SEJAK SEKOLAH RENDAH, MENENGAH, SEHINGGA UNIVERSITI, TERMASUK KEPENTINGAN PENGHAYATAN ASPEK RUKUN NEGARA”. Teras sosialisasi antara utamanya ialah melalui pendidikan, maka secara jelas anak-anak Malaysia tidak wajar dipisah-pisah melainkan berada di bawah satu bumbung.


ARMADA tidak menolak rencam masyarakat, malah meraikan kepelbagaian dalam masyarakat Malaysia kerana inilah keunikan dan kekuatan kita. Namun berbeza-beza biarlah satu! Maka, di samping mendokong untuk mengasaskan Bahasa Mandarin dan juga Bahasa Tamil sebagai subjek utama di sekolah kebangsaan di Malaysia, pun begitu perlu jelas bahawa bahasa Melayu adalah tali pengikat perpaduan selaras perlembagaan.
Bercakap soal penghayatan Rukun Negara, terangan terasnya adalah “Keluhuran Perlembagaan”. Bagaimana boleh pernyataan terkait Rukun Negara pula menolak perihal mendaulahkan antara perkara dalam Perlembagaan Persekutuan iaitu Perkara 152?
Maka, dengan hasrat murni untuk mengutuhkan perpaduan negara, ARMADA kekal dengan pendirian bahawa Sekolah Vernakular wajar dimansuhkan secara berperingkat-peringkat. Perlu ada usaha untuk memastikan hal ini menjadi keutamaan agenda nasional, dan bukannya digunakan sebagai bahan politik tidak kira di blok kerajaan mahupun pembangkang untuk sekadar meraih undi.

SENATOR WAN AHMAD FAYHSAL WAN AHMAD KAMAL

Ketua ARMADA Nasional

https://www.facebook.com/WanFayhsal


SEMUA ARTIKEL YANG DISIARKAN ADALAH PANDANGAN PENULIS DAN KOLUMNIS. IA TIDAK MEWAKILI PENDIRIAN RASMI SIDANG PENGARANG UTUSAN.PRESS, MAHUPUN PORTAL UTUSAN.PRESS.

You will be interested

PRU15: Rahim Tamby Chik intai kerusi Parlimen Hang Tuah Jaya

Dr A Rahim Tamby Chik memberi bayangan sedia bertanding di kerusi Parlimen Hang Tuah Jaya pada PRU15 akan datang, yang boleh memberi kesan positif kepada Melaka

Editor UtusanPress in Rencana 2 months ago

Perihal Melayu: Kalau ada yang bertanya, inilah jawapannya!

Bangsanya melaut ramai asalkan Islam berbudaya Melayu; Agamanya tegar Islam, tiada yang selain dan selayaknya; Negaranya Malaya, membentuk persekutuan Malaysia
Editor UtusanPress in Rencana 1 month ago

Tulisan Jawi, bendera terbalik: Satu provokasi disengajakan?

Dari bendera Malaysia yang dipasang terbalik hingga ke tulisan Jawi, sukar untuk menolak bahawa semua perbuatan tersebut adalah satu provokasi yang disengajakan
Editor UtusanPress in Rencana 2 months ago

Pribumi bangkit: Ayuh kita bina persepakatan "Melayu Raya"

Dua keputusan yang melambangkan komitmen serius untuk kekalkan persepakatan "Melayu Raya" iaitu keputusan PAS menyertai PN dan keputusan BERSATU menyertai MN
Editor UtusanPress in Rencana 2 months ago

Hormati autonomi UMNO Sabah, pilih pemimpin bersih - Rahman

Autonomi UMNO Sabah bermaksud keputusan berkaitan dengan hal ehwal UMNO Sabah kena dibincang dan diputuskan pada peringkat kepimpinan UMNO Sabah terlebih dahulu
Editor UtusanPress in Rencana 2 months ago