Rencana 22 Aug, 2020

Pribumi bangkit: Ayuh kita bina persepakatan "Melayu Raya"

@editor utusanpress
Editor di UtusanPress >> editor@utusan.press

Share this
SYUKUR akhirnya usaha penyatuan blok politik parti-parti yang berasaskan Muslim dan Bumiputera semakin menjadi kenyataan. Bermula dengan penganjuran Kongres Maruah Melayu pada Oktober 2019 di Stadium Malawati, Shah Alam, hingga terbentuknya kerajaan Perikatan Nasional (PN) pada hari ini di bawah kepimpinan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin. : OLEH DR. MUHAMMAD FAIZ NA'AMAN

Kredit foto: GengBorak.com


1) Syukur akhirnya usaha penyatuan blok politik parti-parti yang berasaskan Muslim dan Bumiputera semakin menjadi kenyataan. Bermula dengan penganjuran Kongres Maruah Melayu di pada Oktober 2019 di Stadium Malawati, Shah Alam, hingga terbentuknya kerajaan Perikatan Nasional (PN) pada hari ini di bawah kepimpinan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

2) Sungguh pun laluan ke arah penyatuan tersebut penuh dengan onak, ranjau dan gelora namun berkat kefahaman, toleransi, kesabaran serta iltizam para pemimpin utama dari Parti BERSATU, UMNO serta PAS, seruan penyatuan makin bergema hingga ke akar umbi, membawa hasrat terpendam majoriti rakyat Malaysia terutama masyarakat Melayu-Islam orang biasa di bawah sana yang dahagakan kemajuan bangsa.

3) Roh penyatuan ini tidak hanya dirasai di Semenanjung, malah menjalar hingga ke Sabah dan Sarawak atas dasar semangat perpaduan antara pribumi negara ini. Gabungan Parti Sarawak (GPS) yang menjadi kerajaan di negeri tersebut sentiasa teguh bersama PN, manakala di Sabah pula suatu perubahan sedang berlaku untuk mematri usaha perpaduan ini menjelang pilihan raya negeri (PRN) Sabah yang bakal tiba akhir bulan depan.

4) Dalam waktu yang sama, pemilihan untuk sayap-sayap peringkat pusat dalam Parti BERSATU telah pun tamat dengan harmoninya terutama bagi Angkatan Bersatu Anak Muda (ARMADA). Sebagai mantan Exco ARMADA Nasional, sudah tentu saya dan rakan-rakan seperjuangan mahu melihat ARMADA bukan sahaja terus memperkasakan gerak kerja parti serta kebajikan para ahlinya, malah berkembang mekar dihormati di persada politik tanah air sebagai barisan utama pejuang Agama, Bangsa dan Tanah Air (Alif, Baa, Taa).

5) Kedua-kedua pemimpin muda yang bersaing merebut jawatan Ketua ARMADA Nasional sebelum ini merupakan sahabat seperjuangan saya belaka. Kedua-dua mereka mempunyai kelebihan tersendiri. Saya mendukung saudara Muzzammil Ismail bersama NGO Angkatan Baru sejak sebelum kerajaan PN wujud lagi, ketika itu untuk memberi saingan kepada pihak YB Syed Saddiq. Kami berpaksikan semangat kebangsaan dan Islamik progresif, mungkin hampir sama dengan prinsip yang dipegang oleh YB Senator Wan Ahmad Fayhsal Ketua ARMADA Nasional sekarang.

Kredit foto: FB Melaka Daily


6) Berbalik semula kepada perkembangan politik semasa, dua keputusan yang melambangkan komitmen serius untuk mengekalkan persepakatan "Melayu Raya" (suatu istilah yang disebut oleh Setiausaha Agung PAS, Dato' Takiyuddin Hassan sebelum ini), iaitu keputusan PAS untuk menyertai penubuhan PN sebagai blok politik secara rasmi, dan keputusan BERSATU untuk menerima pelawaan menyertai Muafakat Nasional (MN) bagi menyeragamkan lagi bentuk kerjasama dengan UMNO dan PAS terutama bagi menepati realiti politik di Semenanjung.

7) PAS melalui kenyataan-kenyataan para pemimpinnya dari pelbagai peringkat, memperlihatkan sokongan padu kepada kepimpinan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin. Keikhlasan serta keterbukaan yang dipamerkan oleh PAS ini wajar dihargai oleh semua pihak yang sayangkan usaha penyatuan bangsa kita di Malaysia ini. Begitu juga dengan UMNO, sungguh pun ada sedikit suara-suara sumbang yang mempertikaikan BERSATU, tetapi kebijaksanaan Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) yang juga merupakan Menteri Wilayah Persekutuan dari UMNO, Tan Sri Annuar Musa banyak meredakan keadaan.

8) Kini negara dalam fasa pemulihan dari ketidak-tentuan ekonomi global akibat wabak Covid-19, Malaysia terus ke hadapan dalam memberikan pelbagai bentuk bantuan kewangan dan kebajikan kepada rakyat yang memerlukan. Pengalaman menghadapi wabak virus Nipah dahulu telah dimanfaat sepenuhnya oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang didukung oleh keputusan-keputusan tepat para pembuat dasar di Putrajaya yang bersama Perdana Menteri.

9) Saya pernah berkata, jika Tun Dr. Mahathir dianggap memajukan negara pada tahun 90-an, mengapa tidak Perdana Menteri ke-8 sekarang menjadi tokoh yang memajukan bangsa? Insya-Allah, bagi menghadapi perubahan dunia ke arah teknologi digital dan Revolusi Industri 4.0, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah berucap bahawa untuk menjadi negara berpendapatan tinggi, maka negara kita perlu menjadi negara berteknologi tinggi ketika merasmikan "Sandbox Teknologi dan Inovasi Nasional" baru-baru ini. Itulah tekad pemimpin utama kita, bukan sekadar retorik semata-mata.

Kredit foto: FB Muhyiddin Yassin


10) Maka adalah menjadi suatu impian orang muda pewaris negara seperti saya dan rakan-rakan seperjuangan yang lain, untuk melihat bangsa kita pergi lebih jauh pada peringkat antarabangsa. Kita perlu didik orang kita agar menerima kepelbagaian wadah, sama ada politik atau NGO dalam memperjuangkan agenda yang sama. Kita perlu didik warga kita agar menerima konsep muafakat membawa berkat dan bersekutu bertambah mutu seperti yang terpampang dalam jata negara kita. Kerana manusia ini dilahirkan dengan lumrah kepelbagaian pilihan, namun wajar disatukan oleh kepimpinan yang kuat, adil dan berfikiran jauh.

Ini adalah artikel terakhir saya sebagai Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti BERSATU untuk sesi penaja 2016-2020. Semoga Tuhan sentiasa melindungi para pemimpin kita yang ikhlas dan memberkati perjuangan akar umbi sekalian. 

Pribumi Bangkit 2020!


DR. MUHAMMAD FAIZ NA'AMAN

Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi BERSATU

https://www.facebook.com/drfaiznaaman/


SEMUA ARTIKEL YANG DISIARKAN ADALAH PANDANGAN PENULIS DAN KOLUMNIS. IA TIDAK MEWAKILI PENDIRIAN RASMI SIDANG PENGARANG UTUSAN.PRESS, MAHUPUN PORTAL UTUSAN.PRESS. 

You will be interested

PRU15: Rahim Tamby Chik intai kerusi Parlimen Hang Tuah Jaya

Dr A Rahim Tamby Chik memberi bayangan sedia bertanding di kerusi Parlimen Hang Tuah Jaya pada PRU15 akan datang, yang boleh memberi kesan positif kepada Melaka

Editor UtusanPress in Rencana 2 months ago

Antara tanah rizab Melayu, tanah Musang King: Siapa menang??

TANAH rizab Melayu yang HALAL semakin hilang dan berkurang. Manakala tanah HARAM musang king, tidak berkurang, makin bertambah dan berleluasa. Apa dah jadi?
Editor UtusanPress in Rencana 1 month ago

Perihal Melayu: Kalau ada yang bertanya, inilah jawapannya!

Bangsanya melaut ramai asalkan Islam berbudaya Melayu; Agamanya tegar Islam, tiada yang selain dan selayaknya; Negaranya Malaya, membentuk persekutuan Malaysia
Editor UtusanPress in Rencana 1 month ago

Tulisan Jawi, bendera terbalik: Satu provokasi disengajakan?

Dari bendera Malaysia yang dipasang terbalik hingga ke tulisan Jawi, sukar untuk menolak bahawa semua perbuatan tersebut adalah satu provokasi yang disengajakan
Editor UtusanPress in Rencana 2 months ago

Hormati autonomi UMNO Sabah, pilih pemimpin bersih - Rahman

Autonomi UMNO Sabah bermaksud keputusan berkaitan dengan hal ehwal UMNO Sabah kena dibincang dan diputuskan pada peringkat kepimpinan UMNO Sabah terlebih dahulu
Editor UtusanPress in Rencana 2 months ago