Rencana 19 Aug, 2020

Hormati autonomi UMNO Sabah, pilih pemimpin bersih - Rahman

@editor utusanpress
Editor di UtusanPress >> editor@utusan.press

Share this
AUTONOMI UMNO Sabah telah dinanti-nantikan oleh ahli UMNO Sabah dan rakyat Sabah secara amnya sejak sekian lama.  Sentimen rakyat Sabah keseluruhannya mahukan parti-parti politik di Sabah ditentukan hala tujunya oleh orang Sabah sendiri. Kami percaya pemimpin-pemimpin Umno Sabah mampu menentukan hala tuju Umno Sabah sesuai dengan kehendak rakyat Sabah dan situasi politik masa kini. : OLEH ABDUL RAHMAN DAHLAN


BERIKUT adalah kenyataan media oleh Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan,  Ketua UMNO Sabah Bahagian Tuaran dan Ahli Majlis Tertinggi UMNO Malaysia pada satu sidang media pada Selasa, 18hb Ogos 2020 di Kuala Lumpur

1) Autonomi UMNO Sabah telah dinanti-nantikan oleh ahli UMNO Sabah dan rakyat Sabah secara amnya sejak sekian lama. 

2) Sentimen rakyat Sabah keseluruhannya mahukan parti-parti politik di Sabah ditentukan hala tujunya oleh orang Sabah sendiri.

3) Kami percaya pemimpin-pemimpin UMNO Sabah mampu menentukan hala tuju UMNO Sabah sesuai dengan kehendak rakyat Sabah dan situasi politik masa kini.

4) Autonomi inilah yang dinanti-nantikan oleh rakyat Sabah dan ahli UMNO sejak UMNO bertapak di Sabah 29 tahun yang lalu.

5) UMNO Sabah telah mencadangkan autonomi UMNO Sabah sejurus UMNO tidak lagi menjadi kerajaan di pusat dan di negeri Sabah. Kami melihat inilah cara yang terbaik untuk mengembalikan kepercayaan rakyat kepada UMNO Sabah.

6) Saya sendiri telah berjumpa dengan Presiden UMNO pada bulan Julai 2018 dan memberi sebab-sebab kenapa UMNO Sabah perlu diberikan autonomi politik dalam keadan politik masa kini. Alhamdulillah, Presiden menyokong autonomi Sabah kerana beliau merasakan inilah formula terbaik untuk UMNO Sabah kekal relevan dalam politik Sabah.

7) Setelah itu, Presiden telah mengarahkan beberapa siri perjumpaan dan perbincangan mengenai isu autonomi UMNO Sabah yang akhirnya berakhir dengan usul autonomi UMNO Sabah telah diluluskan dalam Perhimpunan Agung UMNO 2019 secara sebulat suara.

8) Autonomi UMNO Sabah bermaksud keputusan berkaitan dengan hal ehwal UMNO Sabah perlu dibincang dan diputuskan pada peringkat kepimpinan UMNO Sabah. Ini termasuk soal kepimpinan UMNO negeri, pentadbiran, keahlian, disiplin, perlantikan Senator, pemilihan ahli UMNO Sabah sebagai ahli Majlis Tertinggi UMNO yang dilantik, hala tuju, kerjasama politik dengan parti lain,  penentuan calon-calon pilihan raya dan calon Ketua Menteri Sabah sekiranya UMNO adalah parti yang memenangi kerusi DUN yang terbesar dalam pilihan raya negeri.

9) Dalam pengumuman yang dibuat oleh Presiden petang tadi Selasa 18 Ogos 2020, ramai ketua UMNO Bahagian di Sabah tidak dirundingi, dibawa berbincang untuk mendapatkan keputusan bersama. Malah kami telah berkali-kali memaklumkan kepada Presiden sebelum ini tentang pandangan dan kebimbangan kami berkenaan dengan kedudukan Ketua UMNO Sabah.

10) Kami berpendapat bahawa ini melanggar semangat autonomi UMNO Sabah yang telah diluluskan oleh Perhimpunan Agung UMNO tahun lepas (2019).

11) Saya percaya rakyat Sabah mahukan UMNO Sabah supaya mempunyai kebebasan menentukan hala tuju kami tanpa campur tangan pusat di Kuala Lumpur. Sudah tiba masanya UMNO mendengar jeritan suara rakyat Sabah sejak 1963 yang mahukan Sabah mendapat hak menentukan hala tuju politik mereka.


12) Kami berpandangan bahawa seseorang yang menjadi ketua jentera pilihan raya negeri UMNO Sabah mestilah bebas daripada persepsi negatif yang boleh dimanipulasikan oleh pihak lawan, mempunyai kredibiliti yang tidak boleh dipersoalkan oleh rakyat, dan yang tidak dibebankan dengan masalah peribadi yang boleh menjejaskan sokongan pengundi kepada UMNO dan rakan-rakannya dalam pilihan raya negeri.

13) Kami yakin pendirian kami ini disokong oleh ramai kepimpinan UMNO Sabah di semua peringkat dan rakyat Sabah. Kami percaya dan yakin bahawa jumlah kami pada malam ini (Selasa, 18 Ogos 2020) akan bertambah, bukan berkurang, setelah isi kandungan sidang akhbar ini diketahui oleh ahli-ahli UMNO. Tunggu dan lihat sahaja.

14) Kami akan terus istiqomah dalam perjuangan UMNO dan akan bekerja kuat untuk memastikan kemenangan UMNO Sabah dalam pilihan raya negeri yang bakal diadakan. Kami tidak akan keluar dari UMNO, tapi kami berjanji untuk meletakkan semula UMNO dalam landasan politik yang betul dan memastikan tidak ada pemimpin yang meletakkan kepentingan peribadi melebihi kepentingan parti. UMNO ditubuhkan untuk memperjuangkan kepentingan rakyat bukannya untuk kepentingan individu.

15) Malam ini adalah manifestasi autonomi yang rakyat Sabah idamkan selama berpuluh-puluh tahun ini dan ini adalah peluang untuk UMNO menunjukkan bahawa parti ini mendengar suara rakyat Sabah yang inginkan kebebasan membuat keputusan. Presiden UMNO Malaysia mesti berlapang dada dan berjiwa besar dan jangan ketepikan semangat autonomi yang beliau sendiri telah persetujui.

16) Autonomi ini mesti diterjemahkan melalui tindakan, bukan sahaja melalui kata-kata.


Datuk Seri Panglima Abdul Rahman Dahlan

Ketua UMNO Sabah Bahagian Tuaran

Ahli Majlis Tertinggi UMNO Malaysia.

18hb Ogos 2020.

Kuala Lumpur.


You will be interested

PRU15: Rahim Tamby Chik intai kerusi Parlimen Hang Tuah Jaya

Dr A Rahim Tamby Chik memberi bayangan sedia bertanding di kerusi Parlimen Hang Tuah Jaya pada PRU15 akan datang, yang boleh memberi kesan positif kepada Melaka

Editor UtusanPress in Rencana 2 months ago

Antara tanah rizab Melayu, tanah Musang King: Siapa menang??

TANAH rizab Melayu yang HALAL semakin hilang dan berkurang. Manakala tanah HARAM musang king, tidak berkurang, makin bertambah dan berleluasa. Apa dah jadi?
Editor UtusanPress in Rencana 1 month ago

Perihal Melayu: Kalau ada yang bertanya, inilah jawapannya!

Bangsanya melaut ramai asalkan Islam berbudaya Melayu; Agamanya tegar Islam, tiada yang selain dan selayaknya; Negaranya Malaya, membentuk persekutuan Malaysia
Editor UtusanPress in Rencana 1 month ago

Tulisan Jawi, bendera terbalik: Satu provokasi disengajakan?

Dari bendera Malaysia yang dipasang terbalik hingga ke tulisan Jawi, sukar untuk menolak bahawa semua perbuatan tersebut adalah satu provokasi yang disengajakan
Editor UtusanPress in Rencana 2 months ago

Pribumi bangkit: Ayuh kita bina persepakatan "Melayu Raya"

Dua keputusan yang melambangkan komitmen serius untuk kekalkan persepakatan "Melayu Raya" iaitu keputusan PAS menyertai PN dan keputusan BERSATU menyertai MN
Editor UtusanPress in Rencana 2 months ago