Rencana 11 Aug, 2020

Bersatu vs Bersatu! Ahli mungkin lompat, pemimpin akan kekal

@editor utusanpress
Editor di UtusanPress >> editor@utusan.press

Share this
ADAKAH berlaku gelombang penghijrahan ahli Bersatu ekoran Tun Mahathir akan menubuhkan sebuah parti baru? Dalam senario ini kita boleh buat perbandingan dengan isu lompat parti ADUN di Sabah selepas PRU14 dahulu. : OLEH MEGAT HISEMUDIN MEGAT KASIM


Lagi tulisan-tulisan oleh Megat Hisemudin Megat Kasim

https://www.utusan.press/tag/Megat%20Hisemudin%20Megat%20Kasim


ADAKAH berlaku gelombang penghijrahan ahli Bersatu ekoran Tun Mahathir akan menubuhkan sebuah parti baru?  Dalam senario ini kita boleh buat perbandingan dengan isu lompat parti ADUN di Sabah selepas PRU14 dahulu. 

Bagi Bersatu, memang dijangka mereka yang tidak mempunyai kedudukan terutamanya pada peringkat negeri atau pusat mungkin akan mengikut Tun Mahathir. 

Tetapi yang berjawatan tetap akan menjaga kedudukan dan ada yang mencari makan dengan perjawatan akan tetap kekal dalam Bersatu terutama ADUN dan Ahli Parlimen. 

Ia berbeza dengan di Sabah terutama parti UMNO di mana ADUN dan Ahli Parlimen saja yang berubah angin disebabkan mahukan kedudukan mereka lebih terjamin disebabkan pada masa itu PH menguasai kerajaan pusat dan Warisan adalah sekutu PH. 

Namun ia tidak berlaku pada peringkat akar umbi yang tetap setia dengan UMNO dan kita dapati sekarang UMNO Sabah semakin kukuh disebabkan oleh sokongan akar umbi. 

Dengan itu apabila pemimpin bahagian yang lompat parti maka tempat mereka digantikan oleh pelapis,  sebab itulah UMNO Sabah tetap utuh. 

Keadaan Bersatu dikatakan berlaku pembubaran bahagian di Klang,  Kubang Pasu dan Langkawi. Di mana AJK juga dikatakan meletakkan jawatan. 

Maka mereka mengatakan dengan 3/4 AJK telah letak jawatan maka Bersatu di bahagian itu secara automatik terkubur. Malah cawangan juga terbubar. 

Sebenarnya ia tidak seperti yang didakwa. Mengikut perlembagaan Bersatu yg menyebut bilangan 3/4 itu adalah pembubaran parti pada peringkat pusat. Yakni 3/4 ahli mahukan ia dibubarkan. 

Namun tiada peruntukan dalam perlembagaan Bersatu yg menyebut bilangan 3/4 AJK bahagian letak jawatan maka bahagian akan terbubar. 

Dalam perlembagaan Bersatu menyebut jika AJK bahagian meletak jawatan secara serentak, institusi bahagian yang diperakui dalam Pendaftar Pertubuhan masih kekal. 

Menjadi tanggungjawab MPT untuk menubuhkan AJK baru saja. Dalam hal ini sudah tentu mereka yang setia dengan parti saja yang akan dilantik mengangotai AJK. 

Kredit foto: malaysiakini.com


Melihatkan keadaan ini, TS Muhyiddin Yassin masih boleh tersenyum melihat permainan Tun Mahathir mahu menubuhkan sebuah parti baru yang punyai stuktur dan natijah yang serupa dengan Bersatu. 

Yang Tun Mahathir dapat hanya 6 jagoan yang setia termasuk beberapa Ahli Parlimen yang kini berada dalam Bersatu Blackout. 

Bagi penubuhan sebuah parti baru yang menyaingi Bersatu dengan disasarkan ahli-ahli Bersatu sendiri untuk melompat ke parti baru Tun Mahathir difikirkan tidak memberi impak kepada politik arus perdana. 

Kerana keahlian Bersatu sendiri dikira terlalu kecil kerana mereka kebanyakan adalah bekas ahli UMNO yeng menyeberang ke kem Tun Mahathir takkala isu pertelingkahan antara Tun Mahathir dengan DS Najib semakin memuncak. 

Kini berapa ramai ahli Bersatu yg boleh dikaut oleh Tun Mahathir untuk parti barunya. Adakah orang lain di atas pagar mahu menyertai parti Tun Mahathir. 

Melihatkan kepada stuktur parti yang bakal dibentuk memperlihatkan ia adalah sebuah parti dinasti, iaitu parti anak-beranak. Sama seperti PKR dan DAP. 

Tun Mahathir sebagai Pengerusi penaja, manakala Mukhriz sebagai Presiden. Orang akan melihat penubuhan parti ini sebagai platform untuk Mukriz mencapai cita-cita politik seterusnya. Satu jalan untuk menjadi PM suatu ketika nanti. 

Namun mengikut Tun Mahathir, parti baru ini adalah sebuah parti Melayu yang berada di blok ketiga. Yakni tidak berada di pihak PH mahupun PN. 

Kita harus faham konsep demokrasi bahawa suara majoriti saja yg akan berkuasa. Melihatkan kepada struktur politik di Malaysia ketika ini sedang menuju kpd pembentukan dua parti atau gabungan dua blok parti. Dengan satunya sebagai pemerintah dan satu lagi sebagai pembangkang. 

Tidak wujud sebuah parti nyamuk yakni parti kecil yg berada di blok ketiga yang mampu untuk membuat perubahan kecuali ia bergabung dengan mana-mana blok yang sedia ada. 

Bagi mereka yg lebih matang berpolitik atau bagi pihak ketiga tidak melihat penubuhan sebuah parti politik baru ini akan dapat pergi jauh. 

Ada kemungkinan hanya akan bertahan sehingga PRU15 sahaja. Dijangka kerusi Parlimen bagi mereka yag berada dalam parti baru ini termasuk Langkawi akan hilang selepas PRU15 nanti. 


MEGAT HISEMUDIN MEGAT KASIM

Pemain media sosial

https://www.facebook.com/hisemudin 


You will be interested

Sistem “ballot”: Membuat perubahan dan inovasi pilihan raya

Calon DUN dalam setiap negeri akan melalui sistem Ballot dalam negeri dan Calon Parlimen akan melalui sistem Ballot untuk peluang bertanding di seluruh negera

Editor UtusanPress in Rencana 2 months ago

Antara tanah rizab Melayu, tanah Musang King: Siapa menang??

TANAH rizab Melayu yang HALAL semakin hilang dan berkurang. Manakala tanah HARAM musang king, tidak berkurang, makin bertambah dan berleluasa. Apa dah jadi?
Editor UtusanPress in Rencana 1 month ago

Perihal Melayu: Kalau ada yang bertanya, inilah jawapannya!

Bangsanya melaut ramai asalkan Islam berbudaya Melayu; Agamanya tegar Islam, tiada yang selain dan selayaknya; Negaranya Malaya, membentuk persekutuan Malaysia
Editor UtusanPress in Rencana 1 month ago

Tulisan Jawi, bendera terbalik: Satu provokasi disengajakan?

Dari bendera Malaysia yang dipasang terbalik hingga ke tulisan Jawi, sukar untuk menolak bahawa semua perbuatan tersebut adalah satu provokasi yang disengajakan
Editor UtusanPress in Rencana 2 months ago

Pribumi bangkit: Ayuh kita bina persepakatan "Melayu Raya"

Dua keputusan yang melambangkan komitmen serius untuk kekalkan persepakatan "Melayu Raya" iaitu keputusan PAS menyertai PN dan keputusan BERSATU menyertai MN
Editor UtusanPress in Rencana 2 months ago