Rencana 19 Aug, 2020

Sistem “ballot”: Membuat perubahan dan inovasi pilihan raya

@editor utusanpress
Editor di UtusanPress >> editor@utusan.press

Share this
PILIHAN raya adalah satu proses pemilihan barisan kepemimpinan, juga sebahagian daripada penentu masa depan negara dan proses yang perlu disertai serta diraikan semua warganegara yang layak untuk mengundi.  Peluang untuk membuat pilihan ini tidak boleh disia-siakan dan dalam konteks pemilihan kepemimpinan bagi menggerakkan sistem demokrasi, pilihan raya juga kayu ukur kepada kejayaan atau kegagalan demokrasi. : OLEH AZAD JASMI

PILIHAN raya adalah satu proses pemilihan barisan kepemimpinan, juga sebahagian daripada penentu masa depan negara dan proses yang perlu disertai serta diraikan semua warganegara yang layak untuk mengundi. 

Peluang untuk membuat pilihan ini tidak boleh disia-siakan dan dalam konteks pemilihan kepemimpinan bagi menggerakkan sistem demokrasi, pilihan raya juga kayu ukur kepada kejayaan atau kegagalan demokrasi.

Lantas, inilah prinsip yang dibawa oleh demokrasi seperti yang dibawa di negara yang mengamalkan demokrasi serata dunia.

Frasa ucapan Abraham Lincoln yang tidak dapat dilupakan mengenai sifat demokrasi ialah: "Demokrasi ialah kerajaan rakyat, oleh rakyat dan untuk rakyat".

Walaupun demokrasi menginstitusikan kebebasan, adalah ironi kepada penginstitusian itu sekiranya idea kebebasan dilebarkan sehingga boleh membunuh demokrasi itu sendiri.

Perubahan dan inovasi yang wajar dilestarikan ialah sistem “Ballot” seperti pemilihan pasukan untuk bertanding antara pasukan dalam World Cup umpamanya.

1. Calon dari Parti A yang biasa bertanding di kawasan Parlimen Perlis mungkin bertanding di kawasan Parlimen Johor dan Ahli Parlimen Johor mungkin bertanding di kawasan Bukit Bintang.

2. Calon DUN dalam setiap negeri akan melalui sistem Ballot dalam negeri dan Calon Parlimen akan melalui sistem Ballot untuk peluang bertanding di seluruh negera.

3. Setiap Parti perlu berikan senarai Calon yang akan bertanding bagi Parlimen dan DUN

4. Contohnya Calon No 112 dari Parti A akan dicabut undi dan kena bertanding di Kawasan Parlimen 222 dan Calon 20 dari Parti B kena bertanding di Kawasan Parlimen 222. 

5 . Dengan ini kita elakkan perkataan “Kubu Kuat” dan ketaksuban kepada sesuatu calon.

6. Jika kita ahli politik yang baik, kita tidak perlu jadi jaguh kampung. Macam Bayen Munich, kalau mereka main di Malaysia ke, Korea ke, mereka tetap kuat. 

7. Kita juga nak berikan peluang pada lapisan muda dan buang isu ahli politik yang jenis “batat” sampai 10-20 tahun tak nak turun dari jawatan dan beri peluang pada lapisan muda.

8. Kita galakkan ahli politik berbaik-baik dengan rakyat di kawasan berbeza kerana yang jadi Ahli Parlimen ini layak jadi Menteri dan bila jadi Menteri mereka bukan sahaja jadi Menteri untuk rakyat di kawasan mereka tetapi untuk rakyat Malaysia. Jadi tidak ada isu mereka bertanding di kawasan selain kawasan asal mereka.

9. Bila wujud konsep Balloting ini barulah pilihan raya lebih menarik.


Jika hendak berubah, kita boleh berubah dan tidak perlu takut dengan perubahan dan kekalahan.

Sekadar pandangan daripada rakyat yang bukan ahli politik tapi inginkan satu arus perubahan dalam tatacara perlaksanaan pilihan raya.

Jika kita bercakap tentang globalisasi dan tentang inovasi tetapi kita tak berani nak buat perubahan diri. Jadi elok kita mulakan insya-Allah.


AZAD JASMI

Pensyarah, Jurulatih dan Pemerhati

https://www.facebook.com/azad.jasmi


You will be interested

PRU15: Rahim Tamby Chik intai kerusi Parlimen Hang Tuah Jaya

Dr A Rahim Tamby Chik memberi bayangan sedia bertanding di kerusi Parlimen Hang Tuah Jaya pada PRU15 akan datang, yang boleh memberi kesan positif kepada Melaka

Editor UtusanPress in Rencana 2 months ago

Antara tanah rizab Melayu, tanah Musang King: Siapa menang??

TANAH rizab Melayu yang HALAL semakin hilang dan berkurang. Manakala tanah HARAM musang king, tidak berkurang, makin bertambah dan berleluasa. Apa dah jadi?
Editor UtusanPress in Rencana 1 month ago

Perihal Melayu: Kalau ada yang bertanya, inilah jawapannya!

Bangsanya melaut ramai asalkan Islam berbudaya Melayu; Agamanya tegar Islam, tiada yang selain dan selayaknya; Negaranya Malaya, membentuk persekutuan Malaysia
Editor UtusanPress in Rencana 1 month ago

Tulisan Jawi, bendera terbalik: Satu provokasi disengajakan?

Dari bendera Malaysia yang dipasang terbalik hingga ke tulisan Jawi, sukar untuk menolak bahawa semua perbuatan tersebut adalah satu provokasi yang disengajakan
Editor UtusanPress in Rencana 2 months ago

Pribumi bangkit: Ayuh kita bina persepakatan "Melayu Raya"

Dua keputusan yang melambangkan komitmen serius untuk kekalkan persepakatan "Melayu Raya" iaitu keputusan PAS menyertai PN dan keputusan BERSATU menyertai MN
Editor UtusanPress in Rencana 2 months ago