Kolumnis 19 Aug, 2020

Kukuhkan MN: Dua Ahmad perlulah turun padang jumpa akar umbi

@mohammad ishak
Bekas penulis Kumpulan NSTP selama 35 tahun sebelum bersara pada Oktober 2018 dan berkhidmat di Terengganu. Pernah membongkar peristiwa sembahyang dua imam dalam satu kampung di Daerah Besut selain perkampungan Kerajaan Langit Ayah Pin.

Share this

SEJAK kebelakangan ini terdengar suara akar umbi yang mempersoalkan kerjasama politik antara UMNO dan PAS di Terengganu dalam gagasan Muafakat Nasional (MN) yang dilihat oleh rakyat negeri ini tidak mencerminkan pemuafakatan sebenar. Rakyat khususnya ahli UMNO melihat gabungan itu masih samar-samar dan tidak wujud sebagaimana berlaku pada peringkat pusat apabila pemimpin utama kedua-dua belah pihak saling bertemu dan bermesyuarat bagi membincangkan hala tuju MN. : OLEH MOHAMMAD ISHAK

Wisma Darul Iman Pusat Pentadbiran Kerajaan Terengganu


SEJAK kebelakangan ini terdengar suara akar umbi yang mempersoalkan kerjasama politik antara UMNO dan PAS di Terengganu dalam gagasan Muafakat Nasional (MN) yang dilihat oleh rakyat negeri ini tidak mencerminkan pemuafakatan sebenar.

Rakyat khususnya ahli UMNO melihat gabungan itu masih samar-samar dan tidak wujud sebagaimana berlaku pada peringkat pusat apabila pemimpin utama kedua belah pihak saling bertemu dan bermesyuarat bagi membincangkan hala tuju MN.

Perkara itu tidak berlaku di negeri ini menyebabkan rakyat tertanya-tanya apakah benar MN betul-betul wujud di Terengganu atau hanya pada nama sahaja??

Kegelisahan rakyat semakin bercelaru apabila parti BERSATU pula akan menjadi ahli keluarga baharu MN, sedangkan rakan lama yang sedia ada tidak menampakkan persahabatan begitu kukuh dan mesra rakyat.

Keadaan bertambah tegang apabila kedua-dua pimpinan utama PAS dan UMNO negeri sebelum ini pernah membangkitkan pengagihan kerusi Parlimen dan DUN yang tidak serata untuk menghadapi PRU15.

Menurut pemimpin UMNO, selepas setahun MN ditubuhkan pada peringkat Pusat dan Negeri, tidak ada kerjasama politik antara kedua-dua parti itu untuk turun padang berkongsi pentas menerangkan konsep kerjasama MN bagi memberi kefahaman kepada rakyat.

Ketua UMNO Bahagian Besut, Nawi Mohanmad  


Ketua UMNO Bahagian Besut, Nawi Mohanmad yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hulu Besut, mahu pemimpin utama negeri dalam kalangan UMNO dan PAS turun menemui akar umbi untuk menyampaikan taklimat mengenai gabungan MN.

Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar (PAS) dan  Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said boleh melakukan perkara itu bagi kebaikan bersama.

Kataya, kedua-dua Ahmad yang memimpin parti utama negeri ini perlu mencari jalan untuk mendekati ahli parti dalam satu pentas bagi menerangkan pelbagai isu berbangkit.

Sebelum ini Ahmad Said mengakui tidak berlaku kerjasama antara kepimpinan Pas dan UMNO dalam Muafakat Nasional (MN) di Terengganu.

Katanya, semangat kerjasama pada peringkat negeri tidak wujud bukan seperti yang berlaku pada peringkat nasional

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Terengganu Datuk Seri Ahmad Said


Beliau berkata, persoalan sekarang mereka (PAS) masih mengamalkan sikap yang lama. Mereka kata mahu menjalin muafakat tetapi apa yang berlaku sebaliknya. Misalnya berlaku tidak adil dalam agihan wang bantuan RM10 juta dari kerajaan Pusat bagi menangani wabak koronavirus (Covid-19) di setiap negeri.

"Di Terengganu, ia tidak diberikan secara sama rata kepada wakil rakyat UMNO. Wakil rakyat PAS menerima RM350,000, sebaliknya wakil rakyat UMNO mendapat sebanyak RM45,000. Itu pun selepas saya ‘bising’ mengenai hal itu," katanya.

Menurutnya, beliau mempertikaikan peruntukan itu kerana disalurkan oleh kerajaan Pusat dan perlu diagihkan sama rata seperti yang dilakukan di Pahang dan Perlis.

Dalam pada itu, Ahmad turut membangkitkan beberapa isu lain yang dilihat padanya tidak menggambarkan kewujudan semangat kerjasama antara PAS dan UMNO di Terengganu.

Katanya, jalinan kerjasama erat tidak berlaku di Terengganu walaupun tiga pertemuan sejak pembentukan MN pada 14 September 2020 lalu. “Apa yang berlaku ini saya turut maklumkan kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi malah kepimpinan beliau pada peringkat nasional sudah maklum mengenai situasi yang berlaku di Terengganu,” katanya.

Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar


Dalam hal berkaitan, Dr Ahmad Samsuri  berkata, penyatuan Muafakat Nasional (MN) di Terengganu dapat terbentuk sekiranya ia dimulakan pada peringkat akar umbi antara UMNO dan Pas.

Katanya, "langkah pertama yang akan dilakukan oleh kerajaan negeri ialah  bermula Januari 2021 kita akan tambah komposisi dalam Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK)."

“Dengan perubahan itu, komposisi sedia ada akan ditambah ahlinya terdiri daripada parti UMNO dan Bersatu yang menjadi sebahagian kerajaan Perikatan Nasional (PN) pada peringkat pusat,” katanya. - KitaReporters

You will be interested

Pengagihan kerusi untuk PRU15: PAS Terengganu jangan kerlong

Isu pengagihan kerusi terutama Parlimen di Terenganu sememangnya menarik minat pemerhati politik yang hangat diperkatakan dalam media sosial malah di kedai kopi

Mohammad Ishak in Kolumnis 2 months ago

PRK DUN 58 Slim: Sila beri perhatian kepada undi anak muda!

Apabila kita perhatikan golongan yang hadir dalam program Amir Khusyairi, kebanyakan mereka dalam kalangan orang muda, atau mereka berumur 40 tahun dan ke bawah
Dr Mohd Fauzi Shaffie in Kolumnis 1 month ago

Masa depan politik Malaysia dalam tangan generasi milenial

Pada tahun 2023, lebih daripada 60% pada waktu itu adalah mereka daripada kalangan pengundi muda, atau berumur 40 tahun dan ke bawah berbanding 40% pada PRU14
Dr Mohd Fauzi Shaffie in Kolumnis 2 months ago

Erti ‘umran Ibn Khaldun: Kemakmuran terjemahan paling sesuai

Maka, adalah lebih baik dikekalkan istilah ‘umran, dan terjemahan paling hampir adalah ‘kemakmuran’ dalam bahasa Melayu, dan ‘prosperity’ dalam bahasa Inggeris
Dr Mohd Fauzi Shaffie in Kolumnis 2 months ago

Menghulur kaki dan mencemar jemari ke ruang panas politik

Politik kita begitu terbelah hinggakan tidak ada yang boleh mengaku ‘duduk atas pagar’, mahu tidak mahu, mereka akan tercemar dengan warna politik yang berbelah
Dr Mohd Fauzi Shaffie in Kolumnis 2 months ago