Kolumnis 27 Jul, 2020

PAS Terengganu pertahan 6 kerusi Parlimen yang dimilikinya

@mohammad ishak
Bekas penulis Kumpulan NSTP selama 35 tahun sebelum bersara pada Oktober 2018 dan berkhidmat di Terengganu. Pernah membongkar peristiwa sembahyang dua imam dalam satu kampung di Daerah Besut selain perkampungan Kerajaan Langit Ayah Pin.

Share this

SUASANA politik di negeri Terengganu mula menarik perhatian rakyat negeri ini terutama ahli politik peringkat pertengahan dan ahli parti akar umbi apabila tercetusnya kenyataan pemimpin Parti Islam SeMalaysia (PAS) yang tegas memperkatakan parti itu akan mempertahankan enam kerusi Parlimen yang telah dimiliki sejak Pilihan Raya Umum (PRU14) 2018 lalu. : OLEH MOHAMMAD ISHAK

 

Naib Presiden PAS, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar 


SUASANA politik di negeri Terengganu mula menarik perhatian rakyat negeri ini terutama ahli politik peringkat pertengahan dan ahli parti akar umbi apabila tercetusnya kenyataan pemimpin Parti Islam Se-Malaysia (PAS) yang tegas memperkatakan parti itu akan mempertahankan enam kerusi Parlimen yang telah dimiliki sejak Pilihan Raya Umum (PRU-14) 2018 lalu. 

Kenyataan yang dikeluarkan oleh Naib Presiden PAS, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar amat memeranjatkan dan melukakan hati pemimpin dan ahli parti yang menjadi rakan dalam ikatan politik Muafakat Nasional (MN) yang dianggap terlalu awal membincangkan perkara tersebut.

Isyarat awal PAS yang ingin mempertahankan enam daripada lapan kerusi Parlimen di Terengganu itu seolah-olah tiada pakatan dalam komponen Perikatan Nasional (PN) Terengganu yang turut dikongsi UMNO dan BERSATU.

Ahmad yang juga Menteri Besar Terengganu menegaskan sebagai salah sebuah parti yang menjadi komponen kepada Perikatan Nasional, PAS perlu bijak untuk berdepan dengan pelbagai latar belakang rakan parti dengan ideologi berbeza.

“Sebagai ketua pasukan perunding yang akan berunding dengan UMNO dan BERSATU, saya akan memastikan supaya enam kerusi Parlimen kekal milik PAS Terengganu, insya-Allah”, tegasnya.

Mantan Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS itu berkata demikian dalam ucapan perasmian Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kawasan Dungun kali ke 61 di Dewan Terbuka Sekolah Rendah Islam Darul Bayan, Paka, pada 18 Julai 2020.

Terengganu mempunyai lapan kerusi Parlimen, enam daripadanya dimenangi PAS, manakala masing-masing satu milik UMNO dan BERSATU.

Kerusi milik PAS ialah Setiu, Kuala Nerus, Kuala Terengganu, Marang, Dungun dan Kemaman, manakala Besut dan Hulu Terengganu milik UMNO, tetapi kerusi Hulu Terengganu kemudian berpindah menjadi milik BERSATU apabila penyandangnya Datuk Rosol Wahid berpindah kepada BERSATU.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said  


Selepas kenyataan Ahmad Samsuri itu menjadi pengetahuan umum ramai penyokong parti UMNO dilihat tidak setuju dengan hasrat PAS tersebut kerana ia seolah-olah tiada pemufakatan berlaku di Terengganu.

Penyokong UMNO menzahirkan luahan menerusi media sosial yang membangkitkan kenyataan pemimpin tertinggi PAS Terengganu itu kerana perkara itu tidak dibincangkan bersama pemimpin tertinggi PN peringkat negeri.

Bagaimanapun, sehingga ini tidak ada seorang pun dalam kalangan pemimpin tertinggi UMNO termasuk Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Ahmad Said yang mengeluarkan kenyataan balas berhubung isu berkenaan.

“Ahmad yang diketuai ramai seorang pemimpin tegas, berani dan lantang bersuara belum lagi tampil mempersoalkan isu berkenaan,” kata Ketua Cawangan UMNO, Rashid Jusoh dari Kuala Besut.

Ketua UMNO Cawangan Gong Kemuntong, Jertih, Azizul Jasni Mohamad pula berharap isu pengagihan kerusi sama ada Perlimen atau Dewan Undangan Negeri (DUN) perlu dibincang bersama jika ingin melihat MN di negeri itu kuat dan padu.

Bagaimanapun, kenyataan Ahmad Samsuri itu hanya menyebut PAS ingin mempertahankan kerusi Parlimen tetapi tidak pula menyentuh kerusi DUN.

Pada PRU14, PAS menguasai 22 daripada 32 kerusi DUN, manakala 10 dimiliki UMNO, sekali gus membolehkan PAS menjadi kerajaan negeri bagi kali ketiga.

Mengikut perkiraan pemain politik di Terengganu pengagihan kerusi amat mudah di negeri tersebut jika dengan kaedah simple PAS (4) dan UMNO (4) bagi kerusi Parlimen, manakala PAS (16) dan UMNO (16) untuk kerusi DUN.

Ada yang berpendapat BERSATU tidak perlu diberikan kerusi di negeri ini kerana parti itu tidak mempunyai cawangan dan ahli yang ramai.

Apa pun keputusan sebenar pengagihan kerusi di negeri ini perlu mendapat keputusan pemimpin tertinggi MN atau PN peringkat pusat. 

You will be interested

Ilmu sains ‘umran Ibn Khaldun: Antara tamadun dan peradaban

Istilah ‘umran digunakan bagi menjelaskan makna tamadun yang merangkumi organisasi sosial dan budaya, menghuraikan hubungan antara manusia, alam dan Penciptanya

PRK DUN 58 Slim: Sila beri perhatian kepada undi anak muda!

Apabila kita perhatikan golongan yang hadir dalam program Amir Khusyairi, kebanyakan mereka dalam kalangan orang muda, atau mereka berumur 40 tahun dan ke bawah
Dr Mohd Fauzi Shaffie in Kolumnis 1 month ago

Masa depan politik Malaysia dalam tangan generasi milenial

Pada tahun 2023, lebih daripada 60% pada waktu itu adalah mereka daripada kalangan pengundi muda, atau berumur 40 tahun dan ke bawah berbanding 40% pada PRU14
Dr Mohd Fauzi Shaffie in Kolumnis 2 months ago

Erti ‘umran Ibn Khaldun: Kemakmuran terjemahan paling sesuai

Maka, adalah lebih baik dikekalkan istilah ‘umran, dan terjemahan paling hampir adalah ‘kemakmuran’ dalam bahasa Melayu, dan ‘prosperity’ dalam bahasa Inggeris
Dr Mohd Fauzi Shaffie in Kolumnis 2 months ago

Menghulur kaki dan mencemar jemari ke ruang panas politik

Politik kita begitu terbelah hinggakan tidak ada yang boleh mengaku ‘duduk atas pagar’, mahu tidak mahu, mereka akan tercemar dengan warna politik yang berbelah
Dr Mohd Fauzi Shaffie in Kolumnis 2 months ago