Video 02 Jan, 2020

[VIDEO] "UMNO DITOLAK PADA 2020" TULAR LAGI

@editor satu
Editor Satu di KitaReporters >> Boleh emel kepada editor@kitareporters.com & Editor Satu di UtusanPress >> Boleh emel kepada editor@utusan.press

Share this
SATU video pendek yang memetik satu ucapan Perdana Menteri Ketujuh, Tun Dr Mahathir Mohamad, berkenaan masa depan UMNO pada tahun 2020, pada satu majlis kembali tular dengan bermulanya tahun baharu 2020 ini. : Utusan.Press

Foto kredit https://www.theborneopost.com/ dan https://sarawakvoice.com/


Antara lain Dr Mahathir berkata: "Maaf kalau saya kata ini, pada tahun 2020, UMNO mungkin tak berkuasa lagi kerana ditolak oleh orang Melayu sendiri."

"Kerana bosan dengan politik wang yang diamalkan oleh UMNO, dan di kalangan UMNO pula, ahli-ahli UMNO... pemimpin-pemimpin UMNO akan berebut kuasa, sehingga tak ada lagi perjuangan untuk parti dan bangsa, tetapi perjuangan hanyalah untuk mendapat tempat bagi diri sendiri."

"Dengan itu, pengundi akan rasa bosan dengan UMNO, dan mereka akan tolak UMNO.

"Saya fikir 2020, is the maximumlah UMNO boleh pi, Saya fikir, sebelum sampai tu pun, kita akan lihat UMNO... kualitinya merosot, sokongan kepadanya juga merosot."

Mungkin ramai yang melihat ucapan ini yang dari perspektif negatif, memandangkan Dr Mahathir kini sudah "bersekedudukan" dengan parti-parti yang pernah beliau kecam, namun ada juga yang mahu melihat dari sudut positif sebagai satu pengajaran dan peringatan.

Yang pasti dengan bermulanya tahun baharu 2020 ini, UMNO sudah tidak lagi berkuasa selepas ditolak oleh  pengundi pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) pada 9 Mei 2018 lalu.

Nampaknya belum ada ramalan baharu yang dibuat oleh Dr Mahathir berkenaan nasib UMNO selepas 2020, maka masa depan UMNO pada hari ini mungkin bukan muktamad. Mungkin ada cahaya di hujung terowong?

Segalanya terletak pada tangan ahli-ahli dan pemimpin-pemimpin UMNO, khususnya yang  tidak memperjuang "untuk mendapat tempat bagi diri sendiri." - Utusan.Press

 

0
0
0
0
0
You will be interested