Video 01 Jan, 2020

[VIDEO] MOHAMAD ALAMIN CALON BN DI KIMANIS

@editor satu
Editor Satu di KitaReporters >> Boleh emel kepada editor@kitareporters.com & Editor Satu di UtusanPress >> Boleh emel kepada editor@utusan.press

Share this
BARISAN NASIONAL (BN) hari ini  (1/1/2020) mengumumkan Ketua UMNO bahagian Kimanis, Datuk Mohamad Alamin sebagai calonnya pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen kawasan berkenaan pada 18 Januari 2020 nanti. : Utusan.Press

VIDEO ihsan YouTube UMNO Online


PRK Parlimen Kimanis diadakan selepas Mahkamah Persekutuan pada 1 Disember 2019 lalu mengekalkan keputusan Mahkamah Pilihan Raya Kota Kinabalu yang membatalkan kemenangan Datuk Seri Anifah Aman bagi Parlimen Kimanis dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) pada Mei 2018.

Mahkamah Pilihan Raya Kota Kinabalu pada 16 Ogos 2019 memutuskan bahawa kemenangan Anifah di kerusi itu sebagai tidak sah dan terbatal selepas mendapati ada kertas undi tambahan yang boleh menjejaskan keputusan pilihan raya.

Pada PRU14, Anifah yang juga bekas menteri luar bertanding atas tiket BN dan memenangi kerusi Parlimen Kimanis dengan majoriti 156 undi apabila memperoleh 11,942 undi. 

Sementara itu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 18 Januari 2020 ini sebagai hari pengundian bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kimanis, Sabah.

Hari penamaan calon pula ditetapkan pada 4 Januari 2020, manakala pengundian awal pada 14 Januari 2020. - Utusan.Press

 

You will be interested